Monday, June 2, 2014

Petrol, diesel dijual dengan sistem baharu 1 September


PETROL & DIESEL DIJUAL DENGAN SISTEM BARU MULAI 1 SEPTEMBER 2014





KUALA LUMPUR - Kerajaan akan melaksanakan sistem baharu penjualan petrol dan diesel bersubsidi secara berasingan antara kenderaan komersial dan persendirian mulai 1 September ini.
Sistem jualan yang dalam peringkat akhir perbincangan itu akan diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bertujuan untuk mengelakkan berlaku ketirisan bahan bakar itu ketika dijual di stesen minyak seluruh negara.
Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Alias Ahmad berkata, dengan langkah yang akan dilaksanakan itu, kerajaan akan dapat menjimatkan jumlah subsidi sebanyak RM9.8 bilion apabila ia dijual kepada kenderaan yang layak sahaja.
"Sistem baharu itu dibincangkan oleh pakar-pakar ekonomi untuk mencari mekanisme berkesan dan efektif bagi memastikan subsidi minyak diberikan kepada pihak yang layak," katanya.
Beliau sebelum itu hadir mengiringi Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek melancarkan Ekspo Pengguna Malaysia 2014 yang bermula 31 Mei hingga 8 Jun ini di Pusat Pameran Matrade di sini.
Tambah Alias, pelaksanaan sistem baharu yang melibatkan penjualan minyak subsidi itu kepada kenderaan komersial mungkin dilaksanakan pada 1 September ini, manakala pada 1 Oktober atau 1 November untuk kenderaan persendirian.


Sumber: Kosmo

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0602&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz32V9zFy5E 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment