Sesebuah kereta terdiri daripada beberapa jenis sistem
kenderaan untuk membolehkannya berfungsi. Sistem-sistem yang terdapat pada sesebuah
kereta adalah seperti berikut:-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Berhubung dengan tajuk utama entry ini, Admin MX Team Network akan mengupas secara ringkas perkara asas perlu tahu mengenai Sistem bahan api dan Sistem penyalaan sesebuah kereta terutamanya.
Perlu diketahui terlebih dahulu bahawa komponen
prinsip enjin dikategorikan kepada 2 jenis: enjin 2 lejang & enjin 4
lejang.
Prinsip enjin 2 lejang adalah digunakan untuk
enjin yang bersaiz kecil seperti enjin mesin rumput, motosikal serta pam air.
Manakala Prinsip enjin 4 lejang pula digunakan
untuk enjin yang lebih besar seperti kereta.
Kitaran proses dalam sistem bahan api & sistem
penyalaan untuk enjin 4 lejang.
Gambarajah Kitaran Proses Pembakaran untuk Enjin 4 Lejang Kereta
a. Lejang
masukan (Intake)
Omboh
bergerak dari atas ke bawah. Isipadu silinder bertambah menyebabkan pengurangan
tekanan dan membentuk separa vakum di dalam selinder. Injap masukan terbuka dan
injap ekzos tertutup. Campuran udara dan bahan api memasuki silinder melalui
liang masukan.
b. Lejang mampatan
(Compression)
Kesemua
injap masukan dan ekzos tertutup. Omboh bergerak ke atas dan memampatkan
campuran udara-bahan api. Pada penghujung lejang mampatan, palam pencucuh
dinyalakan bagi membakar campuran udara-bahan api tetapi dalam enjin Diesel, minyak diesel
disuntik ke dalam silinder pada penghujung lejang mampatan.
c. Lejang kuasa (Power)
Campuran
udara-bahan api terbakar disebabkan pembakaran oleh bunga api palam pencucuh
(bagi enjin petrol) atau suhu tinggi akibat mampatan udara sehingga minyak
diesel terbakar sendiri (bagi enjin diesel). Pembakaran campuran tersebut
menyebabkan gas-gas terbakar di dalam kebuk pembakaran mengembang dan
seterusnya menolak omboh ke bawah, menghasilkan kuasa kepada enjin.
d. Lejang ekzos
(Exhaust)
Injap
ekzos terbuka. Omboh bergerak ke atas dan menyingkirkan gas-gas ekzos keluar dari kebuk
pembakaran.
*Proses akan berulang mengikut kitaran tersebut
Paparan video lanjut mengenai sistem bahan api dan system penyalaan.
Sumber:
Paparan video lanjut mengenai sistem bahan api dan system penyalaan.
Sumber:
- Wikepedia
- BengkelAutomotif
- Blog JagaKereta
- Library Thesis Pelajar UTEM
No comments:
Post a Comment